IMPIAN YANG TINGGI

Assalamualaikum.
Huuu haiii. Ok seperti yang dijanjikan I'm here.
Ok hari ni saya nak share cita2 saya kat sini. Dengan harapan lps korang baca korang doakan la sy eh? ehehehe *muka x malu.

Bila semakin meningkat usia saya, terlalu banyak yang saya impikan. Boleh dikatakan sekarang saya mempunyai cita-cita yang sangat tinggi. Saya nak jadi wanita yang bekerjaya. Saya nak jadi wanita yang mampu buat semua benda. Saya nak jadi wanita yang boleh berdiri di atas kaki sendiri. Saya nak jadi wanita yang pandai cari duit, pandai masak, pandai jahit, pandai melancong ke negara orang sorang2 (yg ni bunyi agak lawak) dan banyak lagi.  ahaha.

Disebabkan sy mempunyai impian yang sangat tinggi. Saya mula sedar saya kene usaha start dr sekarang.
Buat masa ni sy sedang usaha untuk majukan perniagaan saya. Alhamdulillah berbekalkan modal permulaan sebanyak RM 200 kini simpanan saya sudah semakin banyak. Jadi sy berhasrat untuk gandakan pendapatan saya dengan cuba kukuhkan lagi perniagaan saya.

Untuk sampai ke tahap ni, dah banyak pengorbanan saya telah lakukan. Namun masih x sampai target lagi. Saya masih muda, oleh itu saya akan gunakan masa muda saya untuk belajar ilmu business ni dengan lebih mendalam. Alhamdulillah setakat ni dah banyak kelas business sy ambil untuk perbaiki kualiti diri saya yg x seberapa ni. Dan saya jumpa ramai orang yang mempunyai minat yang sama seperti saya.

Setiap hari saya berusaha, berdoa dan tawakal kepada Allah supaya dipermudahkan perjalanan hidup saya ni. Saya nak berjaya. Saya tahu bukan senang nak berjaya tambah2 bila berdiri di atas kaki sendiri. Tapi sy percaya, dimana ada kemahuan, disitu pasti ada jalan.

Masa zaman belajar dulu saya struggle very hard untuk dapat keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan. Now saya nak berusaha keras pula dalam perniagaan sampai sy berjaya.

Kadang2 saya pun x percaya dengan apa yang saya dah buat ni. Perbuatan dan tindakan saya kadang2 x terkawal. Ia datang dengan sendirinya. Tapi saya percaya ini adalah anugerah dari Allah. Petunjuk dr Allah supaya saya teruskan perjuagan saya dalam bidang business ni. 

Disebabkan mungkin korang dah lama x nampak saya, saya kongsikan gambar latest sy yg agak kelakar untuk hiburkan hati korang. Eh? Ahaha :P
Bye2. Muahhh!!!