CALON SUAMI HUH?

Assalamualaikum.
Hari ni mcm terajin pula nak update blog.
Maybe hari ni ku kesunyian.
Ahahaha. Ceh wek wek :P

Hmmm...Apa ye nk cakap hari ni ?
Rasa mcm lawak pula tetiba begitu rajin sekali nak update blog ni.
Hari ni dah update blog 3 kali *bangganya~~~~ ahahaha.

Ok la jom kita cakap pasal calon suami nk? Sebab topik ni mcm menarik.
Ok now mesti korang expect I dah ada calon kan?
Kah kah kah korang tersilap :P

Actually mcm ni. Disebabkan disebelah family I belah mak, yang atas dah kahwin, yang bawah dari I pun dah kahwin n tinggal la I yang belum kahwin. So semua mcm curious n selalu tanya bila I nak kahwin? Siap ada yang nak carikan (Ahahahaha).

Problemnya, I rasa ada ke orang nak kawin dengan I? I rasa siapa yang bakal kawin dengan I ni sangat  malang. I tak tahu kenapa tapi I akan rasa dia sungguh malang kalau dia suka I. Ahahahaha *can u feel me? :P

Now I baru paham perasaan wanita yang x kahwin-kahwin ag ni. Eceh padahal umur baru nk masuk 22 pada 28 ogos ni *ceh siap promote tarikh lahir.

Well sebenarnya sekarang ni I pun x tahu la nak kawin dengan sape. I x jumpa orang yang I rasa nak kahwin. Kalau ada jumpa pun dia nk ke kat I ? Wekkkkkkkk jangan perasan. Kah Kah Kah.

Kadang2 I rasa I x kesah pun kalau x kahwin, sebab I just pernah terfikir semua manusia di dunia x dilahirkan berpasangan. Maybe ajal yg jemput I dulu sebelum jumpa jodoh. I ok je I redha je kalau ni dah takdir I.

Ok la kisah pasal calon I cite sampai sini je. T kalau I cakap lebih2 kene gosip pula. Malu la I nk letak muka kat mana. Tapi kalau orang tanya I suka lelaki mcm mana ok now I akan senaraikan. HAHAHA :

1) I nak lelaki yang selalu support I punya career. Kalau boleh I nk dia join sekali business yg I buat. Mcm vivy yusof dengan husband dia. I suka lelaki mcm husband dia. Sentiasa support isteri dia. Sebab I ni bercita-cita tinggi. Kadang2 I x mampu buat sorang2. Kalau ada husband yg boleh tolong I why not kan. Bergabung mesti meletop. Hihi.

2) I nak dia didik I dalam hal agama. Kalau dia kurang agama tak pe bg I kita boleh masuk kelas agama sama-sama. Belajar agama sama-sama macam Noh Salleh n isteri dia. Sbb bagi I sia-sia hidup ni kalau x amalkan gaya hidup sihat. Eh sihat? Maksud I islam. Hehe jangan marah ye :P Tujuan utama kt hidup kan untuk jalani ujian sebagai persediaan kehidupan selepas mati.

Hmmm apa lagi ye nak cakap. Tak tahu la. Yang penting I harap dia sayang I n terima I seadanya. Sebab I ni perangai agak gila-gila kadang2. Lagi pun dulu I pernah kecewa dengan Lee Min Ho. I punya la minat dia tapi dia x pena pun nampak kewujudan I ni #ceh. Jadi buat apa nak kahwin dengan lelaki yang x cintakan I kan ? Jadi I terpaksa la redha I tahu I x akan dapat cinta dr Lee Min Ho walaupun I setia kat dia. Sanggup reject orang lain untuk dia kah kah kah (Lee Min Ho I hope u read this muah muah) *mcm pula dia paham bahasa melayu kan ? Kekeke sekadar hiburan.

Tapi yang paling penting sekali. Before I nak kawin, I nak berjaya dulu. Target kawin 25. Jadi dalam masa 3 tahun ni I nak kukuhkan career I dulu as a businesswoman. Hehe. Tapi pape pun I hanya mampu merancang, Allah yang tentukan :)

Ok panjangnya hari ni I bergosip dengan uolls kan? I x rasa ada orang yang sanggup baca sampai bawah ni. Sebab kalau I pun baca mesti nk tertido. Kalau u berjaya baca I rasa u adalah peminat setia I. Hahaha ok saja bergurau di malam hari. Ok before I leave. Nah I belanja gambar I yg x seberapa ni. I tahu blog ni akan bosan kalau xde gambar I kan? :ppp

Cuba teka I yang mana satu? Btw ni gmbr masa I dlm kelas kewangan. Dorang ni semua orang business. I boleh dikatakan yg paling muda juga la dlm kelas. Jadi I ada sedikit kelebihan untuk belajar lebih diusia muda kan kan kan ? Heeee ok byee kalau rindu I doa2 la kt jumpa dlm mimpi k. Muahh love uolsss <3