Cinta Allah

Assalamualaikum. Malam ni xdpt tido. Lps tu boleh pula terbayangkan mcm2 makanan. Apakah -_-

Hmmm...Tetiba mcm speechless pula td bukan main byk idea nk cite kat sini. Tetiba boleh pula idea tu hilang. Ish ish parah ni.

Kdng2 rasa pelik la. Masa kt mengharap, selalu x dpt tp bila kt x harap pape tu la mcm2 kt dpt. Kalau mcm tu baik x yah harap pape kan? Hoho.

Kdng2 walaupun kt bersama dgn org yg kt suka,tp hati kt x bahagia baik x yah dgn dia. Ok ni bukan pasal I k. Kwn I putus cinta. Jd I cuba feel apa yg dia rasa. Apa yg I nampk, kwn I tu lebih sayangkan pasangan dia dr pasangan dia sygkan dia. Lps tu bila putus kwn I tu sedih la. Hari2 meroyan. Bila tgk kwn I mcm tu. I terfikir bila kt sayangkan seseorang jgn lebih dr kt sayangkan Allah. Sebab mengharap pd manusia pasti akan kecewa tp bila mengharap pada Allah pasti x akan kecewa. Sayang Allah dulu, nanti kemudian dtg la org yg sesuai untk disayangi. Err mcm pelik je ayat ni. X pe la yg penting maksud smpai. Ihiks~

For me now I don't know la. Dah xde pape rasa. Tp nk lebih berhati-hati. Xnk tersalah pilih org. Errr tetiba i terbayangkan sayur kailan ikan masin erhhhh parah betul la. Asyik2 pikirkan makanan je. Sis x nk gemuk T.T hoho

Ada hamba Allah ni baik sgt. Tetiba jatuh dr langit. I x tahu la nk ckp mcm mna. Ada la suka dia sikit. Tp I serahkan semuanya pada takdir. Kalau kami ada jodoh, jodoh pasti bertemu kan. Nah sekarang I terbayangkan ayam masak merah pula. Uishhhh penyakit apakah ini -_-

K la smpai sini je. I nk tido. Sorry xde gmbr sbb I malas nk upload ihiks. Bye2 muahhh!



Miracle happens for those who believe

A miracle is another name for hard effort.

Achummmm!!!!*opss sorry I selsema actually. Ni betul terjadi k masa sampai ke perenggan ni. Hehe.

Kadang2 kt selalu x mengharap sgt sbb kt x percaya keajaiban akan berlaku. Tapi sebenarnya silap, keajaiban mungkin akan berlaku lps kt dah usaha keras. Maksudnya jangan harap keajaiban akan berlaku kalau kt sendiri x buat sesuatu dgn bersungguh-sungguh. Kan?

Soal rezeki kt berserah pada Allah sje. Yg penting kt buat benda yg patut manusia buat. Iaitu berusaha untuk buat yg terbaik.

Knp kene berfikiran begini? Sbb first - At least kt dah usaha sebelum mengalah. Second - Sbb Allah lebih tahu apa yg terbaik untk kt. Jd serahkan 100% kepercayaan kepada Allah. Kalau satu benda x menjadi, banyak lg benda lain yg kt boleh cuba kan? :) Lagi satu anggap la usaha kt tu satu ibadah kepada Allah. Sekurang-kurangnya hati kt juga akan lebih tenang.

Begitu la dgn kisah hidup I. For now, I nk usaha, usaha n usaha je. Errr tetiba lapar pula. Hoho opsss sorry x terkawal pula lapar ni ihiks. Tu pun nk cite kan? Ahaks~

Nasihat sy yg untuk anda semua. Tak kira la apa bidang yg ada tengah ceburi, buat yg terbaik. Tak perlu bandingkan diri anda dgn org lain. Sebaliknya bandingkan diri anda dengan diri anda sendiri. Eh eh? Hehe yeap betul tu. Sbb setiap org mempunyai kemampuan yg berbeza-beza. Cari kekuatan yg ada pada diri anda dan asah la bakat anda tu. Even bidang tu nmpk mcm kecil je tp kalau dibuat dengan cara yg terbaik insyaallah akan berjaya mungkin yg terbaik di dunia? :)

Yang penting pedulikan apa yg orang nk kata tentang apa yg anda nk buat. Anda yg pegang kunci anda sendiri. Anda tahu ke mana hala tuju anda. Dan percaya dgn kebolehan pd diri anda. Sbb bila ia akan membawa pada tindakan anda yg positif. Positif tu penting supaya anda x give up dgn apa yg anda lakukan apabila gagal, sebaliknya anda akan cari jalan penyelesaian untuk berjaya.

Aha panjang lebar pula cite hari ni. Btw, kat atas ni semua sy cite berdasarkan experience sy. Semoga dpt beri anda inspirasi dan keyakinan pada diri anda. Ok la sy nk smbng tgk cite korea. Hehe bye2 awk2 semua. Sebelum tu sy share gmbr selfie sy sebelum n selepas makeup guna satu application ni. Haha. Not bad la quality application ni. Nmpk mcm real. Ok bye semua muahhhh love uolsss.





CARI IKAN

Assalamualaikum.
Hari ni penat sangat2 baru lps balik jalan2 dgn cousin nk cari ikan untuk dibela. Lepas tu makan dekat boat noodles kat time square. Hmm tp to me boat noodles x la sedap sangat pun. Td makan agak berselera pun sbb kelaparan. Kikiki~ mana x nye sanggup beratur panjang semata-mata nk makan situ -_- tp lps ni xnk dah makan situ melainkan ada orang belanja lalalala~

Hari ni agak tertangguh keje sbb nk rehat je. Jalan2 tgk baju2 cantik. Tengok je ye tengok sbb nak simpan duit untuk business. Haha.

Bila2 jalan2 kat luar banyak la idea baru yg datang dlm kepala ni (emmm mcm pelik je ayat ni) ahahaha. Tp xpe kt hold dulu,bila tiba masa kt tembak idea tu. Hehe.


Gambar yg diambil dlm kereta. Ada tangkap dgn cousin tp gmbr tu mcm blurr pula. Jadi I letak gmbr I sorang je lah ye sorry cousin hehe.

Btw, hmmm x sabar nk start my new project. Hopefully semua berjalan lancar. Dah x dapat nak sabar actually. Tp terpaksa la bersabar ye. Sabar itu kan separuh dr iman. Heeee.

Err tetiba rasa sakit perut pula plus lapar pula. Huhuhu jom la kita makan. Laparnya nyum nyum. Hehe ok bye2. Love u muaaahhhh <3

CALON SUAMI HUH?

Assalamualaikum.
Hari ni mcm terajin pula nak update blog.
Maybe hari ni ku kesunyian.
Ahahaha. Ceh wek wek :P

Hmmm...Apa ye nk cakap hari ni ?
Rasa mcm lawak pula tetiba begitu rajin sekali nak update blog ni.
Hari ni dah update blog 3 kali *bangganya~~~~ ahahaha.

Ok la jom kita cakap pasal calon suami nk? Sebab topik ni mcm menarik.
Ok now mesti korang expect I dah ada calon kan?
Kah kah kah korang tersilap :P

Actually mcm ni. Disebabkan disebelah family I belah mak, yang atas dah kahwin, yang bawah dari I pun dah kahwin n tinggal la I yang belum kahwin. So semua mcm curious n selalu tanya bila I nak kahwin? Siap ada yang nak carikan (Ahahahaha).

Problemnya, I rasa ada ke orang nak kawin dengan I? I rasa siapa yang bakal kawin dengan I ni sangat  malang. I tak tahu kenapa tapi I akan rasa dia sungguh malang kalau dia suka I. Ahahahaha *can u feel me? :P

Now I baru paham perasaan wanita yang x kahwin-kahwin ag ni. Eceh padahal umur baru nk masuk 22 pada 28 ogos ni *ceh siap promote tarikh lahir.

Well sebenarnya sekarang ni I pun x tahu la nak kawin dengan sape. I x jumpa orang yang I rasa nak kahwin. Kalau ada jumpa pun dia nk ke kat I ? Wekkkkkkkk jangan perasan. Kah Kah Kah.

Kadang2 I rasa I x kesah pun kalau x kahwin, sebab I just pernah terfikir semua manusia di dunia x dilahirkan berpasangan. Maybe ajal yg jemput I dulu sebelum jumpa jodoh. I ok je I redha je kalau ni dah takdir I.

Ok la kisah pasal calon I cite sampai sini je. T kalau I cakap lebih2 kene gosip pula. Malu la I nk letak muka kat mana. Tapi kalau orang tanya I suka lelaki mcm mana ok now I akan senaraikan. HAHAHA :

1) I nak lelaki yang selalu support I punya career. Kalau boleh I nk dia join sekali business yg I buat. Mcm vivy yusof dengan husband dia. I suka lelaki mcm husband dia. Sentiasa support isteri dia. Sebab I ni bercita-cita tinggi. Kadang2 I x mampu buat sorang2. Kalau ada husband yg boleh tolong I why not kan. Bergabung mesti meletop. Hihi.

2) I nak dia didik I dalam hal agama. Kalau dia kurang agama tak pe bg I kita boleh masuk kelas agama sama-sama. Belajar agama sama-sama macam Noh Salleh n isteri dia. Sbb bagi I sia-sia hidup ni kalau x amalkan gaya hidup sihat. Eh sihat? Maksud I islam. Hehe jangan marah ye :P Tujuan utama kt hidup kan untuk jalani ujian sebagai persediaan kehidupan selepas mati.

Hmmm apa lagi ye nak cakap. Tak tahu la. Yang penting I harap dia sayang I n terima I seadanya. Sebab I ni perangai agak gila-gila kadang2. Lagi pun dulu I pernah kecewa dengan Lee Min Ho. I punya la minat dia tapi dia x pena pun nampak kewujudan I ni #ceh. Jadi buat apa nak kahwin dengan lelaki yang x cintakan I kan ? Jadi I terpaksa la redha I tahu I x akan dapat cinta dr Lee Min Ho walaupun I setia kat dia. Sanggup reject orang lain untuk dia kah kah kah (Lee Min Ho I hope u read this muah muah) *mcm pula dia paham bahasa melayu kan ? Kekeke sekadar hiburan.

Tapi yang paling penting sekali. Before I nak kawin, I nak berjaya dulu. Target kawin 25. Jadi dalam masa 3 tahun ni I nak kukuhkan career I dulu as a businesswoman. Hehe. Tapi pape pun I hanya mampu merancang, Allah yang tentukan :)

Ok panjangnya hari ni I bergosip dengan uolls kan? I x rasa ada orang yang sanggup baca sampai bawah ni. Sebab kalau I pun baca mesti nk tertido. Kalau u berjaya baca I rasa u adalah peminat setia I. Hahaha ok saja bergurau di malam hari. Ok before I leave. Nah I belanja gambar I yg x seberapa ni. I tahu blog ni akan bosan kalau xde gambar I kan? :ppp

Cuba teka I yang mana satu? Btw ni gmbr masa I dlm kelas kewangan. Dorang ni semua orang business. I boleh dikatakan yg paling muda juga la dlm kelas. Jadi I ada sedikit kelebihan untuk belajar lebih diusia muda kan kan kan ? Heeee ok byee kalau rindu I doa2 la kt jumpa dlm mimpi k. Muahh love uolsss <3

IMPIAN YANG TINGGI

Assalamualaikum.
Huuu haiii. Ok seperti yang dijanjikan I'm here.
Ok hari ni saya nak share cita2 saya kat sini. Dengan harapan lps korang baca korang doakan la sy eh? ehehehe *muka x malu.

Bila semakin meningkat usia saya, terlalu banyak yang saya impikan. Boleh dikatakan sekarang saya mempunyai cita-cita yang sangat tinggi. Saya nak jadi wanita yang bekerjaya. Saya nak jadi wanita yang mampu buat semua benda. Saya nak jadi wanita yang boleh berdiri di atas kaki sendiri. Saya nak jadi wanita yang pandai cari duit, pandai masak, pandai jahit, pandai melancong ke negara orang sorang2 (yg ni bunyi agak lawak) dan banyak lagi.  ahaha.

Disebabkan sy mempunyai impian yang sangat tinggi. Saya mula sedar saya kene usaha start dr sekarang.
Buat masa ni sy sedang usaha untuk majukan perniagaan saya. Alhamdulillah berbekalkan modal permulaan sebanyak RM 200 kini simpanan saya sudah semakin banyak. Jadi sy berhasrat untuk gandakan pendapatan saya dengan cuba kukuhkan lagi perniagaan saya.

Untuk sampai ke tahap ni, dah banyak pengorbanan saya telah lakukan. Namun masih x sampai target lagi. Saya masih muda, oleh itu saya akan gunakan masa muda saya untuk belajar ilmu business ni dengan lebih mendalam. Alhamdulillah setakat ni dah banyak kelas business sy ambil untuk perbaiki kualiti diri saya yg x seberapa ni. Dan saya jumpa ramai orang yang mempunyai minat yang sama seperti saya.

Setiap hari saya berusaha, berdoa dan tawakal kepada Allah supaya dipermudahkan perjalanan hidup saya ni. Saya nak berjaya. Saya tahu bukan senang nak berjaya tambah2 bila berdiri di atas kaki sendiri. Tapi sy percaya, dimana ada kemahuan, disitu pasti ada jalan.

Masa zaman belajar dulu saya struggle very hard untuk dapat keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan. Now saya nak berusaha keras pula dalam perniagaan sampai sy berjaya.

Kadang2 saya pun x percaya dengan apa yang saya dah buat ni. Perbuatan dan tindakan saya kadang2 x terkawal. Ia datang dengan sendirinya. Tapi saya percaya ini adalah anugerah dari Allah. Petunjuk dr Allah supaya saya teruskan perjuagan saya dalam bidang business ni. 

Disebabkan mungkin korang dah lama x nampak saya, saya kongsikan gambar latest sy yg agak kelakar untuk hiburkan hati korang. Eh? Ahaha :P
Bye2. Muahhh!!!

I'M BACK

Assalamualaikum. Lama sudah menyepi dr blog. Dulu buat blog lps tu buang lps tu buat balik. hehehe.
Rindu sebenarnya. Rindu nak luahkan perasaan kat sini.

Ok mesti korang tertanya-tanya kan about me. Apa yang saya buat sekarang. Hohoho rindu la tu :P

So sekarang apa saya buat? Jeng jeng jeng. Nanti sy cite. Tak nk cite skrng. Nanti x surprise :P kui~kui~kui~

Actually banyak nak cite kat sini. Tapi will do it later. Sabar ye. Hehe. Ok bye muahhh!!! Love u